Saya singgah di sebuah gerai di Bangi berhampiran petronas dan Gear Box.
Tapi tatau kenapa , saya terlupa nak ambil nama gerai tu.Saya dan keluarga sebenarnya pergi shopping. Tapi ayah saya pula rasa dahaga.Carilah gerai jual cendol yang teduh. Memang ada banyak.(kawasan Bangi yang saya pergi ni berhampiran masjid)
Dalam gambar di atas ada doa selepas makan(sebelum makan pun ada).Dan speciality di gerai ini ada tomyam kelapa muda.Pernah dengar? Saya tak pernah. Tapi tak tergerak pula nak order. Yelah , nak hilangkan dahaga je. So kitorang order Air kelapa dan ABC.
ABC dia pun macam special kan? Sebenarnya ada dua-tiga scoop ice cream kat atas tu. Dah ngap dulu dah.
Dalam gambar di atas ada doa selepas makan(sebelum makan pun ada).Dan speciality di gerai ini ada tomyam kelapa muda.Pernah dengar? Saya tak pernah. Tapi tak tergerak pula nak order. Yelah , nak hilangkan dahaga je. So kitorang order Air kelapa dan ABC.
Kawasan yang kelihatan terlindung dari jalan raya tapi masih dapat nampak gerai dari jalan raya.
Walaupun nampak macam tak ada orang datang, tapi masa nak minum tadi, ada pekerja bukak meja kat depan gerai tu dan tambah bilangan kerusi dan stool. Maksudnya, gerai ini memang banyak orang datang belah malam. Lagipun dalam menu ada siakap la, ada kerang la..Perhhh...Lain kali saya akan cuba terjah gerai tu belah malam pulak.




