My Life, My Belog

Showing posts with label Haiwan Comel dalam Bahaya!. Show all posts
Showing posts with label Haiwan Comel dalam Bahaya!. Show all posts

Wednesday, 21 May 2014

Cute Animals: Arnab

Assalamualaikum!~
Harap and berusaha untuk sihatkan diri.
Saya teringin nak share gambar arnab pula untuk kempen saya.
Apa yek nama kempen saya?
Anda tahu?
"Cute Animals In Danger/ Haiwan Comel Dalam Bahaya"

Dalam kempen ini bukan sahaja yang comel macam arnab yang saya cuba 'selamatkan'.Tetapi juga haiwan lain macam yang diternak seperti lembu, kambing, ataupun haiwan ganas dan liar seperti harimau.*Rawr*Diorang pun comel la...Haiwan yang diternak, bagi saya, comel sebab mereka mengorbankan diri mereka, kulit mereka,daging mereka, agar manusia dapat meneruskan kelangsungan hidup.
Yang liar pula, sebab saya pernah terbaca dilaman sosial, seorang jurugambar pergi masuk dalam kawasan lumpur(?) untuk menangkap gambar harimau kumbang/bintang? (leopard) yang berada jauh....tak silap saya untuk kempen keselamatan spesies harimau itu juga..sebab mereka dah tinggal sikit... Harimau itu semakin mendekati,tetapi jurugambar itu tak dapat buat apa-apa sebab camera kot. semakin dekat  dan dekat dan dekat, Harimau itu dah dekat giler, nak terkam pun boleh, akhirnya, dia menunjukkan sifat manja dia .Siap jilat lens camera uolls!~


Dan berbalik pada kisah arnab, saya pernah tengok satu video, (ini memang ingat), seorang wanita, menggoda jugalah, pakai high-heels dan memegang seekor arnab.
Kalau tak kuat semangat jangan baca, skip teruih.
Dia belai dan belai, macam yang akan kita buat kalau jumpa dengan haiwan comel, lepas tu dia letak arnab itu kat lantai, dan,dan,.............
Dia Bunuh Arnab tu dengan HIGH-HEELS dia.
Perasaan saya? masa mula-mula tu, "okey, dia belai"..lepas tu bila nampak dia bunuh arnab tu dengan TERAMAT PERLAHANNYA, saya menangis dan caci wanita tu dalam hati.*Yelah, kalau mak tetiba dengar kita caci kuat-kuat kat laman sosial, alamatnya Internet takde 1 bulan*
Dalam diam,dan secara tidak sedar/separa sedar, saya dah berikrar untuk tak mendera binatang comel,takcomel,hodoh,buruk, walau sedikit pun, melainkan untuk kebaikan haiwan itu sendiri.
Dan video ini juga telah menguatkan hati saya , takdelah hati longlai bila tengok bende menyayat hati macam tu...





   Jadi,
Anda Perlu Juga Sama Dalam Usaha Menyelamatkan Haiwan ini!
* Watermark/nama blog dalam gambar, bukan tujuan hakmilik, untuk test kreativiti sahaja.

  

Friday, 11 April 2014

Cute Cats Of The Day!~

Harini sepatutnya dah habis sekolah untuk minggu ini, tapi esok masih ada sekolah...huhu
Ubati kesedihan anda dengan kucing manja dibawah!~










Sunday, 30 March 2014

Social Media NGO yang berusaha menyelamatkan haiwan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera!~

Anda tahu, ada banyak blog yang berusaha mencari jalan menyelamatkan haiwan.Ada juga yang berusaha keras menyedarkan masyarakat melalui blog. Sebahagiannya merupakan Badan Bukan Kerajaan(NGO) yang mengerahkan masa dan tenaga untuk mencapai matlamat NGO yang mereka sertai.

Blogspot
http://pasukantindakanhaiwan.blogspot.com
http://kakimotong.blogspot.com/
Facebook
https://www.facebook.com/PertubuhanAktivisHaiwan
Portal Informasi Kerajaan tentang Kekejaman Terhadap Haiwan
http://www.dvs.gov.my/pencegahan-kezaliman-terhadap-haiwan

Ini diantara yang saya dapat jumpa...
Sekiranya anda mahu menyumbangan sedikit duit, tapi takut tak cukup untuk belanja sendiri...
Untuk mereka , Rm1 pun cukup sekiranya ramai orang yang menderma kepada mereka.
Animated avatar 100x100
~Save Animals, Save Humanity~
Kalau anda ada jumpa link blog NGO yang berusaha menyelamatkan haiwan dan membela nasib mereka, sila komen dibawah.Sangat dialu-alukan.







Tuesday, 25 March 2014

Cute Animals Dalam Bahaya!




Anda Dah Tengok Video diatas?
Anda pasti dah namapak dalam video apa jenis keganasan terhadap haiwan yang telah dilakukan manusia seluruh dunia?
Ya, haiwan dah mati tentu masuk syurga. Tapi patutkah kita berdiam diri sahaja? Ini merupakan ujian untuk kita.Adakah kita prihatin? Layak ke tak nak masuk syurga?
Setiap apa yang kita cuba lakukan untuk mereka diambil kira sebagai amalan baik(good deed).

Jadi apa yang perlu anda lakukan?
Saya pun tidak pasti kerana apa yang anda mahu lakukan terletak di tangan anda, anda yang pilih.
Anda mahu buka blog dan tulis article untuk menyedarkan pembaca tentang keganasan terhadap haiwan?
Anda mahu menderma kepada organisasi yang berusaha menyelamatkan haiwan?
Atau anda mahu buat bende lain yang and rasa itu sahaja yang termampu?

Anda boleh berusaha!

Font lain, gaya penulisan lain, ini kerana saya sedang berkempen.Mesti mau spesial sikit.

Anda sebenarnya mampu menyelamatkan haiwan disekeliling anda.

Contohnya, akak blogger kita yang cuba selamatkan burung. Walaupun tidak berjaya, namun ada niat, sudah cukup.Burung tu jadi hantu, dia tengok balik," akak tu sekurang-kurangnya cuba selamatkan nyawa aku."

Sekiranya saya nak buat misi kesedaran, target mision ini adalah untuk menjadikan kasih-sayang manusia terhadap haiwan satu trend.