My Life, My Belog

Friday, 9 May 2014

Aman Palestin

Assalamualaikum, Sihat semua?
Hari ini saya nak kongsikan satu lagi laman media berkenaan golongan yang mahu menolong orang di Palestin.
FB Aman Palestin << Ini dia.

Siapakah mereka? Merekalah golongan yang berusaha mencari jalan agar dapat menolong orang-orang di Palestin, saudara-saudara kita yang masih ditindas di sana oleh tentera-tentera Israel dengan arahan oleh Kerajaan Israel.
Merekalah yang menjalankan misi keamanan dan menghantar doktor-doktor untuk ubati penyakit dan lakukan pembedahan, makanan kerana sekatan bekalan makanan oleh Israel, dan barang-barang asasi lain yang diperlukan oleh saudara-saudari kita disana.

Misi dan visi mereka pula,

VISI
Menjadi sebuah badan yang akan menjadi sumber rujukan (Marja’iyyah) dengan mengambil peranan memberikan pertolongan (An-Nusrah) dan sokongan (Ad-Da’mu) kepada rakyat Palestin untuk menikmati kehidupan yang aman sejahtera dengan memiliki model institusi yang profesional dan berkualiti yang meraikan ketelusan, amanah dan kesungguhan (Jiddiyyah). 

MISI
1.Menerapkan kesedaran dan keinsafan dalam hati diri umat Islam di Malaysia untuk membantu saudara mereka di Palestin sebagai satu ummah yang berukhuwwah.
2.Membina projek yang nyata di dalam pelbagai bidang di bumi Palestin untuk membantu mereka membina masa depan dan meneruskan kehidupan di samping menampung keperluan-keperluan segera yang diperlukan.

*Mereka ada juga jual coklat haritu, masa scroll wall FB saya, saya bagitau mak saya, dia pun kata 'Jom beli', tapi scroll dekat wall FB Aman Palestin Tak jumpa pula...

Untuk maklumat lebih lanjut tentang mereka, anda klik sini! atau sini!