Boing 777-200 dijadualkan berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac tahun ini pada pukul 12.40 tengah malam dan dijangka tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi waktu Malaysia.Namun pesawat itu dilaporkan telah terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara dan hilang pada pukul 1.30 petang.
Untuk Kronologi lebih tepat Kehilangan MH370 sila ke Astro Awani:Kronologi Kehilangan MH370
Pada ,post saya yang lepas, saya ada mengatakan saya akan berbincang mengapa ada diantara kita yang bosan apabila mendengar "MH370". Hati saya rasa sangat pilu bila terfikirkan ahli keluarga dan rakan-rakan passengers MH370, hati mereka pasti lebih remuk memikirkan kenapa masih tiada berita yang tepat memberitahu apa yang berlaku dan dimana.(Kini, berita tepat pukul 10.00 malam memberitahu MH370 hilang terhempas di Selatan Laut Hindi, akan diadakan press confrence esok)
Kini asset sudah terungkai persoalan dimanakah MH370, hanya perlu mencari kotak hitam milik Boing 777-200 untuk mencari informasi mengapa dan bagaimana terjadinya insiden ini.Namun, misi pencarian yang sudah ke fasa yang lain,akan menjadi semakin sukar untuk mencari apa-apa kerana Laut Hindi merupakan tempat paling sunyi didunia. Kemungkinan mereka masih hidup adalah sangat rendah , memandangkan sudah 13 hari hilang.
Saya berharap masih ada jiwa yang kental dan masih hidup.
