My Life, My Belog

Thursday, 27 March 2014

Positive Friday : Charge Your Positive Self, Dispose Your Negative Self

Assalamualaikum dan salam ceria!~
Apa perasaan anda sekarang? Sedih,ceria, jiwang, ataupun bahagia?
Kalau sedih, kenelah jadi ceria, kalau dah ceria, cuba kekalkan keceriaan anda.
Hidup perlu diteruskan.

Okey, Tajuk kita hari ini adalah Charge Your Positive self, Dispose Your Negative Self ataupun pendeknya, Positifkan Diri Anda.

     Anda cuba bayangkan sebuah tempat yang menenangkan anda.Mungkin sebuah pantai yang jauh dari segala kekecohan bandar dan jauh dari kerja-kerja yang perlu dilakukan.Atau, sebuah tempat dimana anda dimanjakan,segala kemahuan anda untuk bertenang dimakbulkan.(Bukan syurga yang saya maksudkan, tetapi ada juga tempat peranginan yang sediakan perkhidmatan sebegitu)


  Anda rasa bagaikan segala  kekecohan dan keriuhan dah reda.Kini, anda hanya perlu keluarkan segala cacat-cela (perkara negatif) dari dalam diri dan campak jauh-jauh.

Anda sudah menggunakan salah satu cara untuk menghilangkan bende-bende negatif dari dalam, iaitu Bayangkan 'Your Sweet Escape'.

Selain itu, anda boleh Membaca Buku Yang Menenangkan. Seelok-eloknya, buku keagamaan seperti La Tahzan dan sebagainya.

Anda juga boleh Pasangkan Muzik Yang Menyenangkan .Saya rekomen lagu yang tidak berlirik, mahupun lagu-lagu nasyid yang dah dimodenkan.

Harini saya tak cukup masa untuk tulis panjang-panjang.Saya minta maaf. Tetapi cara terbaik adalah untuk mencari sendiri apa yang sesuai dengan diri.Bukan dengan mencari solusi dari Google.Tetapi dengan mencuba sendiri apa yang sesuai untuk diri.Yang paling penting , dekatkan diri dengan Allah, Yang Maha Berkuasa. Insya-Allah.