My Life, My Belog

Showing posts with label NGO keperimanusiaan. Show all posts
Showing posts with label NGO keperimanusiaan. Show all posts

Friday, 9 May 2014

Coklat Aman Palestin!!!! Yummy~

Assalamualaikum, dah makan coklat?
Belum? Dah?  mana-mana pun jawapan anda, anda mesti pergi beli coklat Aman Palestin(tiada paksaan).
Saya pun eksited nak order ni. Ada Empat flavor jer. Beli 3 terus, dapat RM10. Kalau beli RM20 lagi okey kott...Boleh bagi kat jiran, kawan anak-anak, rakan sepejabat, dan bagi kat family tercinta. =)
  Tabung pun ada untuk orang-orang yang ikhlas nak cari jalan untuk bersedekah, isi duit baki-baki seharian lepas tu masukkan dalam bank, hantar kat Aman Palestin.


Ada banyak lagi barang yang dijual kat kedai Aman Palestin, jom beli dari mereka daripada beli barangan Israel.

Aman Palestin

Assalamualaikum, Sihat semua?
Hari ini saya nak kongsikan satu lagi laman media berkenaan golongan yang mahu menolong orang di Palestin.
FB Aman Palestin << Ini dia.

Siapakah mereka? Merekalah golongan yang berusaha mencari jalan agar dapat menolong orang-orang di Palestin, saudara-saudara kita yang masih ditindas di sana oleh tentera-tentera Israel dengan arahan oleh Kerajaan Israel.
Merekalah yang menjalankan misi keamanan dan menghantar doktor-doktor untuk ubati penyakit dan lakukan pembedahan, makanan kerana sekatan bekalan makanan oleh Israel, dan barang-barang asasi lain yang diperlukan oleh saudara-saudari kita disana.

Misi dan visi mereka pula,

VISI
Menjadi sebuah badan yang akan menjadi sumber rujukan (Marja’iyyah) dengan mengambil peranan memberikan pertolongan (An-Nusrah) dan sokongan (Ad-Da’mu) kepada rakyat Palestin untuk menikmati kehidupan yang aman sejahtera dengan memiliki model institusi yang profesional dan berkualiti yang meraikan ketelusan, amanah dan kesungguhan (Jiddiyyah). 

MISI
1.Menerapkan kesedaran dan keinsafan dalam hati diri umat Islam di Malaysia untuk membantu saudara mereka di Palestin sebagai satu ummah yang berukhuwwah.
2.Membina projek yang nyata di dalam pelbagai bidang di bumi Palestin untuk membantu mereka membina masa depan dan meneruskan kehidupan di samping menampung keperluan-keperluan segera yang diperlukan.

*Mereka ada juga jual coklat haritu, masa scroll wall FB saya, saya bagitau mak saya, dia pun kata 'Jom beli', tapi scroll dekat wall FB Aman Palestin Tak jumpa pula...

Untuk maklumat lebih lanjut tentang mereka, anda klik sini! atau sini!




Sunday, 30 March 2014

Social Media NGO yang berusaha menyelamatkan haiwan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera!~

Anda tahu, ada banyak blog yang berusaha mencari jalan menyelamatkan haiwan.Ada juga yang berusaha keras menyedarkan masyarakat melalui blog. Sebahagiannya merupakan Badan Bukan Kerajaan(NGO) yang mengerahkan masa dan tenaga untuk mencapai matlamat NGO yang mereka sertai.

Blogspot
http://pasukantindakanhaiwan.blogspot.com
http://kakimotong.blogspot.com/
Facebook
https://www.facebook.com/PertubuhanAktivisHaiwan
Portal Informasi Kerajaan tentang Kekejaman Terhadap Haiwan
http://www.dvs.gov.my/pencegahan-kezaliman-terhadap-haiwan

Ini diantara yang saya dapat jumpa...
Sekiranya anda mahu menyumbangan sedikit duit, tapi takut tak cukup untuk belanja sendiri...
Untuk mereka , Rm1 pun cukup sekiranya ramai orang yang menderma kepada mereka.
Animated avatar 100x100
~Save Animals, Save Humanity~
Kalau anda ada jumpa link blog NGO yang berusaha menyelamatkan haiwan dan membela nasib mereka, sila komen dibawah.Sangat dialu-alukan.