My Life, My Belog

Wednesday, 21 May 2014

Cute Animals: Arnab

Assalamualaikum!~
Harap and berusaha untuk sihatkan diri.
Saya teringin nak share gambar arnab pula untuk kempen saya.
Apa yek nama kempen saya?
Anda tahu?
"Cute Animals In Danger/ Haiwan Comel Dalam Bahaya"

Dalam kempen ini bukan sahaja yang comel macam arnab yang saya cuba 'selamatkan'.Tetapi juga haiwan lain macam yang diternak seperti lembu, kambing, ataupun haiwan ganas dan liar seperti harimau.*Rawr*Diorang pun comel la...Haiwan yang diternak, bagi saya, comel sebab mereka mengorbankan diri mereka, kulit mereka,daging mereka, agar manusia dapat meneruskan kelangsungan hidup.
Yang liar pula, sebab saya pernah terbaca dilaman sosial, seorang jurugambar pergi masuk dalam kawasan lumpur(?) untuk menangkap gambar harimau kumbang/bintang? (leopard) yang berada jauh....tak silap saya untuk kempen keselamatan spesies harimau itu juga..sebab mereka dah tinggal sikit... Harimau itu semakin mendekati,tetapi jurugambar itu tak dapat buat apa-apa sebab camera kot. semakin dekat  dan dekat dan dekat, Harimau itu dah dekat giler, nak terkam pun boleh, akhirnya, dia menunjukkan sifat manja dia .Siap jilat lens camera uolls!~


Dan berbalik pada kisah arnab, saya pernah tengok satu video, (ini memang ingat), seorang wanita, menggoda jugalah, pakai high-heels dan memegang seekor arnab.
Kalau tak kuat semangat jangan baca, skip teruih.
Dia belai dan belai, macam yang akan kita buat kalau jumpa dengan haiwan comel, lepas tu dia letak arnab itu kat lantai, dan,dan,.............
Dia Bunuh Arnab tu dengan HIGH-HEELS dia.
Perasaan saya? masa mula-mula tu, "okey, dia belai"..lepas tu bila nampak dia bunuh arnab tu dengan TERAMAT PERLAHANNYA, saya menangis dan caci wanita tu dalam hati.*Yelah, kalau mak tetiba dengar kita caci kuat-kuat kat laman sosial, alamatnya Internet takde 1 bulan*
Dalam diam,dan secara tidak sedar/separa sedar, saya dah berikrar untuk tak mendera binatang comel,takcomel,hodoh,buruk, walau sedikit pun, melainkan untuk kebaikan haiwan itu sendiri.
Dan video ini juga telah menguatkan hati saya , takdelah hati longlai bila tengok bende menyayat hati macam tu...





   Jadi,
Anda Perlu Juga Sama Dalam Usaha Menyelamatkan Haiwan ini!
* Watermark/nama blog dalam gambar, bukan tujuan hakmilik, untuk test kreativiti sahaja.