Anda dah makan? Belum?! Dah,dah, pergi makan dulu, pastu baru datang balik baca blog ni. Dah makan?
Saya tengah makan sup campbell sebab sejak kebelakangan ini, saya rasa macam nak demam. Dan sebagai blogger, dah jadi tugas saya untuk selfie sup itu.Tapi saya lupa nak charge camera saya sebab bila-bila saya teringat, saya rasa nak buat lain kali je lah...
sebab tak reti-reti nak rajinkan diri.Saya rasa mungkin sebab saya dalam peringkat hidup dimana anak remaja itu sedang mencari identiti diri sendiri.Ada saja yang saya buat yang saya rasa macam tak kena.Ada juga masa dimana saya rasa sangat matang dalam perbuatan mahupun percakapan.tidak melulu dan memikirkan risiko dan akibat daripada perbuatan...
Mungkin itu juga antara sebab mengapa saya suka tukar blog skin? Saya selalu rasa tak puas hati dengan nama blog mahupun design blog saya yang lama.Tapi saya rasa suka dengan blog skin yang lovely sekarang.
Saya dah ada dua blog yang rosak. Satu disebabkan setting jadi gila akibat selalu tukar blog skin.Lagi satu rosak disebabkan tak ada matlamat semasa menulis post sampai buntu tak tahu nak tulis apa.....
Bagi yang baru pertama kali membaca blog ini, saya ucapkan selamat berkenalan!~
Dalam post saya yang seterusnya, Insya-Allah saya akan bercerita tentang MH370 yang hilang dan sebab kenapa ramai yang dah penat dan fobia dengar pasal MH370.....
