My Life, My Belog

Sunday, 30 March 2014

Social Media NGO yang berusaha menyelamatkan haiwan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera!~

Anda tahu, ada banyak blog yang berusaha mencari jalan menyelamatkan haiwan.Ada juga yang berusaha keras menyedarkan masyarakat melalui blog. Sebahagiannya merupakan Badan Bukan Kerajaan(NGO) yang mengerahkan masa dan tenaga untuk mencapai matlamat NGO yang mereka sertai.

Blogspot
http://pasukantindakanhaiwan.blogspot.com
http://kakimotong.blogspot.com/
Facebook
https://www.facebook.com/PertubuhanAktivisHaiwan
Portal Informasi Kerajaan tentang Kekejaman Terhadap Haiwan
http://www.dvs.gov.my/pencegahan-kezaliman-terhadap-haiwan

Ini diantara yang saya dapat jumpa...
Sekiranya anda mahu menyumbangan sedikit duit, tapi takut tak cukup untuk belanja sendiri...
Untuk mereka , Rm1 pun cukup sekiranya ramai orang yang menderma kepada mereka.
Animated avatar 100x100
~Save Animals, Save Humanity~
Kalau anda ada jumpa link blog NGO yang berusaha menyelamatkan haiwan dan membela nasib mereka, sila komen dibawah.Sangat dialu-alukan.







Thursday, 27 March 2014

Positive Friday : Charge Your Positive Self, Dispose Your Negative Self

Assalamualaikum dan salam ceria!~
Apa perasaan anda sekarang? Sedih,ceria, jiwang, ataupun bahagia?
Kalau sedih, kenelah jadi ceria, kalau dah ceria, cuba kekalkan keceriaan anda.
Hidup perlu diteruskan.

Okey, Tajuk kita hari ini adalah Charge Your Positive self, Dispose Your Negative Self ataupun pendeknya, Positifkan Diri Anda.

     Anda cuba bayangkan sebuah tempat yang menenangkan anda.Mungkin sebuah pantai yang jauh dari segala kekecohan bandar dan jauh dari kerja-kerja yang perlu dilakukan.Atau, sebuah tempat dimana anda dimanjakan,segala kemahuan anda untuk bertenang dimakbulkan.(Bukan syurga yang saya maksudkan, tetapi ada juga tempat peranginan yang sediakan perkhidmatan sebegitu)


  Anda rasa bagaikan segala  kekecohan dan keriuhan dah reda.Kini, anda hanya perlu keluarkan segala cacat-cela (perkara negatif) dari dalam diri dan campak jauh-jauh.

Anda sudah menggunakan salah satu cara untuk menghilangkan bende-bende negatif dari dalam, iaitu Bayangkan 'Your Sweet Escape'.

Selain itu, anda boleh Membaca Buku Yang Menenangkan. Seelok-eloknya, buku keagamaan seperti La Tahzan dan sebagainya.

Anda juga boleh Pasangkan Muzik Yang Menyenangkan .Saya rekomen lagu yang tidak berlirik, mahupun lagu-lagu nasyid yang dah dimodenkan.

Harini saya tak cukup masa untuk tulis panjang-panjang.Saya minta maaf. Tetapi cara terbaik adalah untuk mencari sendiri apa yang sesuai dengan diri.Bukan dengan mencari solusi dari Google.Tetapi dengan mencuba sendiri apa yang sesuai untuk diri.Yang paling penting , dekatkan diri dengan Allah, Yang Maha Berkuasa. Insya-Allah.



Wednesday, 26 March 2014

Kasih Khamis: Sayangi Diri Anda

Assalamualaikum dan salam sayang!~
Hari ini saya tertarik dengan post seseorang blogger yang sangat otai.
Tajuknya, "Sayangi Diri Sebelum Sayangi Orang Lain"
Penulis ini telah menjadikan tajuk ini sebuah cerita untuk lebih memahamkan anda dan saya tentang apa yang hendak disampaikan.

Selagi kita manusia selagi itu kita berbeza. Islam mengiktiraf perbezaan. Perbezaan bukan semestinya satu pertentangan.
Perbezaan adalah rahmat kerana sudut pandang yang berbeza itu memberikan satu perspektif yang lebih holistik.
Setiap individu, kelompok… pasti ada titik butanya masing-masing. Apa yang dilihatnya jelas, mungkin kabur pada pandangan orang lain. Manakala ada yang dilihatnya kabur, jelas pula pada pandangan orang lain.
Dengan menggabungkan pelbagai sudut pandang, ufuk pandangan kita akan lebih luas. Dan ini mengurangkan sikap prajudis dan ketaksuban.
Manfaatkan persamaan. Uruskan perbezaan. Apapun, adab dan akhlak dalam berbeza pandangan itu sangat penting dan utama dipertahankan.
Adab itu lebih utama dipertahankan berbanding ‘perkara ranting’ yang sedang dipertikaikan. Ramai orang yang bijak, tetapi masih sedikit orang yang berakhlak. Hanya dengan kebijaksanaan dan kasih sayang kita dapat mencari kebenaran… Jika tidak yang kita cari cuma kemenangan. Biar kalah hujah, asalkan ‘menang’ akhlak. Justeru, selamanya manusia  ’dont care how much you know untill the know how much you care’.
Mudahnya sikap melabel, mempertikaikan akidah, malah hingga ketahap meragui keislaman orang lain yang berbeza disiplin ilmu dengan kita, seharusnya dapat dielakkan. Kekadang saya melihat, soal peribadi sudah mengelabui soal prinsip. Agama di jadikan bukti hujah tetapi kedengkian bersalut dunia itu jugalah yang menjadi motif utamanya. Bukan menuding orang lain, tetapi satu muhasabah buat diri sendiri dan mengingatkan yang lain.
Pandanglah manusia lain dengan pandangan sayang. Semua muslim bersaudara. Selagi bersaudara kita umpama satu jasad. Melukai hati mereka samalah melukai diri kita sendiri. Sakitnya mesti terasa kerana saraf iman kita sama. Iman itu akar, buahnya kasih sayang. Jika mereka  bersalah sekalipun, mereka masih berhak mendapat kasih sayang kita. Apatah lagi jika sekadar ‘ter’salah.
Kesukaran mendidik diri sewajarnya meningkatkan kesabaran kita mendidik orang lain. Jangan kasar. Jangan marah. Perlembutkan bahasa, lunakkan sentuhan… kemukakan hujah secara ilmiah dengan bujukan dan kemesraan. Begitu Rasulullah saw mengajar kita. Yang benar, mesti diperjuangkan secara yang benar juga. Kesalahan orang lain, jangan diledakkan di khalayak ramai (termasuk laman sosial di internet) tanpa bersemuka dengan yang berkenaan terlebih dahulu. Dan sebelum bersemuka, tanamkan dalam hati… aku berbuat demikian demi kasih sayang dan cintaku kepada saudara muslim ku.
Siapa yang mencari kebaikan, akan bertemu kebaikan. Orang yang baik berhak bertemu dengan orang yang baik sepanjang perjalanan hidupnya. Sekalipun, dia bertemu dengan ‘orang yang jahat’ namun kebaikan jualah yang akan dapat dirasai daripada kejahatan itu. Bukan soal siapa yang kita temui, tetapi siapa kita ketika menemui mereka.
Bertemu dengan orang, seperti bertemu dengan makanan. Ada makanan yang lazat, berzat dan berkat. Ada makanan yang tidak sedap, jangan mencelanya. Tinggalkan dengan baik. Maka begitulah dengan kenalan mu. Jika ternyata, mereka tidak dapat membawa kita menjadi lebih baik… tinggalkan. Tetapi jangan memutuskan. Jarakkan diri, tetapi jangan mencelanya. Dia akan bertemu dengan orang yang lebih baik daripada kita dan kita akan bertemu dengan orang yang lebih baik daripadanya.
Insya-Allah, jika kita berani berbuat demikian, belenggu yang mengikat hati dan diri kita akan terungkai. Kita akan terbang lebih tinggi setelah belenggu itu terungkai. Dia pun akan melonjak lebih jauh tanpa kehadiran kita di sisi. Begitulah, kekadang perpisahan itu lebih baik daripada pertemuan… asalkan tidak ada permusuhan.
Apapun, sayangilah diri sebelum menyayangi orang lain… kerana itu petanda kesempurnaan iman:
SAYANGI DIRI SEBELUM MENYAYANGI ORANG LAIN
“Ustaz, kerana sayang anak-anaklah saya jadi begini,” kelohnya perlahan.
“Puan telah terkorban,” balas saya juga perlahan.
“Saya terkorban kerana berkorban.”
Saya diam. Perlahan-lahan saya renung keadaannya yang daif. Kakinya yang membengkak. Badannya yang sembab. Mukanya yang pucat. Penyakit tiga serangkai telah menyerangnya – darah tinggi, lemah jantung dan kencing manis. Saya dijemput oleh suaminya untuk memberi sedikit-sebanyak nasihat bagi menenangkan hatinya.
Saya masih ingat kata-kata suaminya, “Ustaz, tolong buat sesuatu pada isteri saya. Dia dalam keadaan yang sangat murung. Hampir tidak pernah senyum. Penyakitnya pun semakin berat. Dia perlukan keyakinan untuk sembuh. Jika tidak… “
Tanpa banyak bertanya saya terus memberi persetujuan. Sungguhpun kami berdua hanya kenalan jauh tetapi hajat seorang muslim terhadap saudaranya menjadikan kami dekat. Dan petang ini, saya meluangkan masa untuk bercakap-cakap dengan isteri yang berusia lewat 40’an ini.
“Puan, berkorban tidak semestinya terkorban…” pujuk saya perlahan.
“Mengapa ustaz kata begitu?”
“Sekarang, puan mesti memiliki harapan dan keyakinan yang tinggi untuk sihat,” kilas saya menangguhkan jawapan pada pertanyaannya.
“Entahlah… saya seolah-olah putus harapan. Macam manalah anak-anak yang tinggalkan di rumah sekarang. Sudah dua bulan saya ditahan di rumah sakit begini…”
Saya benar-benar simpati, malah empati melihatnya. Masih terngiang-ngiang kata suaminya, “Ustaz, isteri saya sakit sebab terlalu banyak berkorban untuk anak-anak. Sejak anak-anak masih kecil, siang malam dia memberi tenaga, fikiran dan perhatiannya untuk membesarkan anak-anak. Risau dan bimbangnya hanya untuk membesarkan anak-anak. “
“Lalu… kerana itu dia mengabaikan kesihatannya?” tanya saya kepada suaminya.
“Ya. Bukan itu sahaja, dia langsung tidak pernah gembira hanya untuk menggembirakan anak-anak. Kesihatan, pelajaran, makan-minum, pakaian dan segalanya tentang anak-anak dijaganya dengan rapi. Tetapi makan-minumnya sendiri terabai. “
Saya menggeleng-gelengkan kepala. Ini prinsip hidup lilin…membakar diri untuk menerangi orang lain.
“Ustaz, apakah ada salah saya, hingga takdirnya saya menerima nasib begini?” tanya ibu itu menyentap kembali perhatian saya kepadanya.
“Salah puan memang ada…” jawab saya.
“Salah saya?” dia tersentak. Riak mukanya semacam tidak percaya.
“Puan seharusnya menyayangi diri dahulu sebelum menyayangi orang lain,” jawab saya pendek.
“Bukan orang lain ustaz, anak-anak saya sendiri!”
“Sekalipun kepada anak sendiri.”
“Itu mementingkan diri namanya!”
“Tidak! Menyayangi diri sendiri untuk menyayangi orang lain bukan mementingkan diri. Malah itulah sewajarnya kita lakukan,” pintas saya. Nampaknya, saya telah ‘berjaya’ membuat dia melenting, marah dan memberi respons. Itu bagus. Sekurang-kurangnya dia telah keluar daripada zon kemurungan dan sindrom membisu yang dialaminya sekian lama.
“Mengapa demikian?”
“Hanya orang yang ada kasih sayang sahaja mampu memberi kasih sayang. Logiknya, hanya orang yang ada wang, mampu memberi wang,” terang saya.
Sekarang dia pula terdiam. Termenung agak lama. Saya biarkan sahaja dia dengan fikiran dan perasaannya.
“Puan, sebenarnya hanya orang yang sihat sahaja dapat menjaga kesihatan orang lain. Sekarang, cuba lihat… apabila puan sakit, siapa yang hendak menjaga anak-anak puan di rumah? Padahal kalau puan sihat, puan boleh menjaga mereka sekarang.”
“Saya tak faham ustaz, apa yang sedang berlaku sekarang. Tolonglah jelaskan,” rayu wanita itu.
“Baiklah, mari kita fahami dahulu apa yang telah berlaku. Kemudian kita cuba fahami apa yang sedang berlaku. Dan akhirnya, rancang apa yang perlu kita lakukan nanti.”
Mendengar kata-kata saya dia mula mengubah posisi badannya. Daripada berbaring kepada mengangkat badannya lantas bersandar di birai katil. Alhamdulillah, itu petanda positif. Mengubah posisi fizikal adalah proses merubah emosi dan minda. Bukankah untuk meredakan kemarahan kita dinasihatkan agar menukar posisi badan?
“Apa yang telah berlaku dahulu adalah satu kesilapan. Puan seharusnya menjaga kesihatan badan, fikiran, perasaan dan jiwa semasa mengasuh, mendidik dan menjaga anak-anak.”
“Maksudnya ustaz?”
“Jaga diri puan dahulu sebelum menjaga anak-anak. Maksudnya, puan perlu menjaga kesihatan jiwa dan badan puan. Itu bukan pentingkan diri. Tujuan kita sihat ialah agar mampu menjaga kesihatan orang lain. Sayangnya, puan telah tersilap, puan terlalu menjaga anak-anak sehingga mengabaikan kesihatan sendiri. Akibatnya, puan jatuh sakit… dan sekarang anak-anak terabai! ”
Saya teringat kata-kata seorang pakar pendidikan, Sebenarnya orang yang mengabaikan kesihatan diri adalah orang yang paling mementingkan diri sendiri.” Ketika ditanya mengapa, beliau berkata,”Sebab apabila dia sakit, orang lain yang terpaksa menjaga dirinya. Sebaliknya, orang yang menjaga kesihatan diri… akan sihat. Apabila dia sihat, dia mampu menjaga orang lain yang sakit!”
“Betul juga kata ustaz, sekarang, anak-anak saya terabai dan saya sendiri pun sakit. Rugi-rugi…”
“Yang sudah, sudahlah. Kata bijak pandai, sebaik sahaja mengambil pelajaran daripada kesilapan semalam, ayuh kita lupakan. Fokus kepada hari ini. Sekarang mari kita memahami realiti terkini… Apa yang sedang berlaku sekarang?”
“Saya sedang sakit…”jawab ibu itu.
“Tidak, puan sedang dirawat untuk sihat!”
“Maksud ustaz?”
“Puan mesti bersangka baik dengan Allah dan bersangka baik dengan diri sendiri. Katakan pada diri, aku layak untuk sihat kembali. InsyaAllah, Allah akan berikan kesembuhan itu.”
Dia diam. Mukanya tunduk. Saya menambah kata,”Puan mesti sihat kerana puan memang sayangkan diri puan. Puan mesti sayangkan diri puan untuk menyayangi anak-anak puan. Itulah niat dan semangat yang perlu ada dalam diri puan sekarang. Inilah langkah terbaik untuk memulakan hari ini bagi menghapuskan kesalahan semalam.”
“Ustaz, saya akan sembuh?”
“Yakinlah pada bantuan Allah. Penyakit lahiriah ini akan mudah ditangani jika hati dan jiwa kita terlebih dahulu diubati. Tanamkan keyakinan, harapan dan sangka baik kepada Allah. Ujian sakit ini sebenarnya untuk tujuan itulah… bagi mengingatkan kita agar kembali kepada Allah. Kembali merintih, berharap dan mengadu kepadaNya.”
“Ustaz, tolong doakan agar saya nampak hubungan antara kasih sayang terhadap diri, manusia dan Alllah…”
“Puan, saya pun senasib dengan puan. Masih mencari-cari hakikat kasih sayang Allah. Namun, setakat ini apa yang saya tahu, kita tidak mampu menyayangi manusia lain selagi kita belum menyayangi diri sendiri. Dan kita tidak akan mampu menyayangi diri sendiri sebelum menyayangi Allah!”

Subhanallah! Kata-katanya dipenuhi duri kebenaran. duri kerana kita selalu alpa.
Insya-Allah kita akan sentiasa diterangi hidayah ke jalan yang lurus, Amin.....

Anda boleh membaca karya penulis yang lain di http://genta-rasa.com/

20 Cara Recycle Kotak Pizza Anda

Saya ambil dari website lain untuk share kepada anda.
Selamat membaca!


And to think, I've just been throwing these away... -   Misc

Sekiranya Disney yang Terbitkan Harry Potter?

Apa yang anda akan rasa sekiranya watak-watak disney di-Harry-Potter-kan.?
*Rasanya budak giler Tumblr faham kan?*

Tuesday, 25 March 2014

Cute Animals Dalam Bahaya!




Anda Dah Tengok Video diatas?
Anda pasti dah namapak dalam video apa jenis keganasan terhadap haiwan yang telah dilakukan manusia seluruh dunia?
Ya, haiwan dah mati tentu masuk syurga. Tapi patutkah kita berdiam diri sahaja? Ini merupakan ujian untuk kita.Adakah kita prihatin? Layak ke tak nak masuk syurga?
Setiap apa yang kita cuba lakukan untuk mereka diambil kira sebagai amalan baik(good deed).

Jadi apa yang perlu anda lakukan?
Saya pun tidak pasti kerana apa yang anda mahu lakukan terletak di tangan anda, anda yang pilih.
Anda mahu buka blog dan tulis article untuk menyedarkan pembaca tentang keganasan terhadap haiwan?
Anda mahu menderma kepada organisasi yang berusaha menyelamatkan haiwan?
Atau anda mahu buat bende lain yang and rasa itu sahaja yang termampu?

Anda boleh berusaha!

Font lain, gaya penulisan lain, ini kerana saya sedang berkempen.Mesti mau spesial sikit.

Anda sebenarnya mampu menyelamatkan haiwan disekeliling anda.

Contohnya, akak blogger kita yang cuba selamatkan burung. Walaupun tidak berjaya, namun ada niat, sudah cukup.Burung tu jadi hantu, dia tengok balik," akak tu sekurang-kurangnya cuba selamatkan nyawa aku."

Sekiranya saya nak buat misi kesedaran, target mision ini adalah untuk menjadikan kasih-sayang manusia terhadap haiwan satu trend.


Isu Tuala Wanita | Mengapa Tak Cuci?

Assalamualaikum!


Mengapa Harus Cuci Tuala Wanita | Eh, ada yang tak cuci ke? Itu menandakan anda bukan wanita sejati.*Eheks*Tapi saya percaya ada juga yang cuci tapi tak tahu mengapa.
Sedang saya berblogwalking di blog orang, saya terbaca thread yang menunjukkan pemilik blog ada berinteraksi dengan orang jenis tak reti nak basuh tuala wanita.Tak nak basuh tuala wanita pun ada.Dia pun pelik ada wanita dewasa yang berperangai gitu.Saya

Bangi All The Way...

Assalamualaikum, selamat makan petang!~

Saya singgah di sebuah gerai di Bangi berhampiran petronas dan Gear Box.
Tapi tatau kenapa , saya terlupa nak ambil nama gerai tu.Saya dan keluarga sebenarnya pergi shopping. Tapi ayah saya pula rasa dahaga.Carilah gerai jual cendol yang teduh. Memang ada banyak.(kawasan Bangi yang saya pergi ni berhampiran masjid)

Monday, 24 March 2014

Frozen Dan Tangled.... Why Disney?!!!

Assalamualaikum dan selamat berbahagia!~

           Frozen adalah sebuah Movie yang telah pun ditayangkan pada tahun lepas.(Saya still nyanyi lagu Let It Go) Dan filem ini dikatakan sangat fenomenal sehingga sekarang.Even dalam Astro First masih menayangkan fielm ini.

Frozen

Filem ini menceritakan dua adik beradik yang akrab sejak kecil, dan si kakaknya mempunyai kuasa berasaskan ais atau salji.Dan suatu hari, sedang mereka bermain senyap-senyap ,Anna(si adik) terjatuh dan Elsa (kakak) cuba untuk menyelamatkan Anna dari terjatuh tetapi kuasa aisnya terkena kepala Anna pula.
Sejak dari peristiwa itu mereka tidak bermain bersama-sama dan Anna tidak ingat tentang kuasa kakaknya.
Apa terjadi selepas itu? Tengok sendiri je la. It's worth your time.

Elsa

Anna

Mereka tinggal di  Arendelle.

Twitters 8th Birthday!~

Assalamualaikum, selamat bercuti bagi yang cuti dan selamat bekerja bagi yang bekerja.         Animated avatar 100x100

Pada minggu ini Twitter meraikan Ulang tahunnya yang ke-8.
Untuk memeriahkan lagi ulang tahunnya , mereka memberi peluang untuk mencari semula tweet pertama yang anda pernah buat untuk account twitter anda.
Kalau Facebook, throwback. Semua pun nak ada speciality sendiri kan?
Screen shot daripada blog Twitter.

MH370 #PleaseComeBack!

Assalamualaikum Dan Selamat Malam!~

Anda pernah dengar tentang MH370?Mestilah pernahkan?

              Boing 777-200 dijadualkan berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac tahun ini pada pukul 12.40 tengah malam dan dijangka tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi waktu Malaysia.Namun pesawat itu dilaporkan telah terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara dan hilang pada pukul 1.30 petang.

Kenapa saya selalu suka tukar blog skin?

Assalamualaikum dan selamat petang!~
Anda dah makan? Belum?! Dah,dah, pergi makan dulu, pastu baru datang balik baca blog ni. Dah makan?
Animated avatar 100x100Hmmm, bagus.. Jangan jadi macam saya , makan tak terurus, mama juga yang susah....


Saya tengah makan sup campbell sebab sejak kebelakangan ini, saya rasa macam nak demam. Dan sebagai blogger, dah jadi tugas saya untuk selfie sup itu.Tapi saya lupa nak charge camera saya sebab bila-bila saya teringat, saya rasa nak buat lain kali je lah...
Animated avatar 100x100 Ada tak orang lain yang rasa macam ni? Sebab saya selalu rasa geram dengan diri sendiri

I love You

Roses are red And 
Violets Aren't blue
Theyr'e freakin pruple and 
I love you Too..