Tapi saya tahu puncanya dan cara anda boleh hilangkan gejala kesakitan anda itu!
Sakit Tapak Kaki – Punca & Cara Atasi

Anda seorang kaki ‘shopping’ dan mampu berdiri dan berjalan berjam-jam lamanya? Jika ya, sememangnya
kaki anda merupakan anugerah yang paling berharga. Namun begitu, lama-kelamaan
kaki anda akan hilang kekuatannya, sama ada dimamah usia atau tidak dijaga kesihatannya. Berapa jauh dan lamanya kita berdiri dan berjalan boleh juga memberikan kesan terhadap kesihatan
kaki kita terutama jika kita telah mempunyai sejarah kesakitan
kaki sebelum ini seperti pernah terseliuh atau patah.
Anda boleh mengalami
kesakitan kaki di bahagian
tapak kaki belakang atau dikenali plantar fasciitis, di bahagian depan
kaki (metatarsalgia) atau
sakit kaki yang menjalar hingga ke bahagian betis atau
kaki hadapan anda atau dikenali shin splint.
Tapak kaki kita mempunyai saraf yang menghubungkan dengan organ-organ tertentu di badan kita. Urutan refleksologi adalah salah satu rawatan berkesan untuk mengubati
masalah sakit tapak kaki.
Faktor Sakit Tapak Kaki
Banyak faktor-faktor yang boleh menyebabkan anda mengalami
sakit kaki seperti :
* Bentuk
kaki yang leper dan rendah lengkungan bahagian dalam
kaki atau dikenali Pes Planus
* Bentuk
kaki yang mempunyai lengkungan dalam yang tinggi yang dikenali sebagai Pes Cavus
* Pemilihan kasut yang tidak betul seperti tiada penyokong lengkungan
tapak kaki atau bertumit tinggi
* Selepas kecederaan seperti patah atau terseliuh
* Berat badan yang berlebihan seperti mempunyai Indeks Jisim Tubuh (BMI) melebihi 30 kilogram meter persegi (kg/m2)
* Melakukan aktiviti di tempat yang keras tanpa kasut yang sesuai seperti melakukan joging di jalan berturap tar dengan memakai kasut sukan taekwando
-----------------------------------------------------------------------------
Cara Mengatasi Sakit Tapak Kaki
Bagi mengatasi
sakit kaki, anda perlu mengetahui faktor-faktor penyebab
sakit kaki terlebih dahulu dan cara bagaimana anda dapat mengatasinya dengan :

# Kekalkan berat badan dengan pemantauan BMI normal sekitar 18.5 hingga 25 kg/m2
# Tidak memakai kasut bertumit tinggi atau sekurang-kurangnya tumit kasut tidak melebihi 1 inci
# Memilih kasut yang sesuai mengikut aktiviti fizikal anda seperti lembut dan fleksibel pada tapak kasut serta mempunyai penyokong di bahagian lengkungan dalam dan lengkungan lintang di hadapan kaki
# Anda perlu memiliki sepasang tapak kasut atau insole yang mempunyai ciri-ciri sokongan
tapak kaki yang boleh digunapakai pada semua kasut anda jika sekiranya anda telah mempunyai banyak kasut dan tidak ingin membazir dengan membeli kasut lain
# Lakukan s
enaman kaki mengikut panduan ahli fisioterapi anda dengan senaman regangan plantar fascia dan
senaman kekuatan otot kaki
* Saya harap sakit kaki anda pulih dengan segera!