My Life, My Belog

Thursday, 12 June 2014

Tips Untuk Muka BabyFace

Tidak kiralah wanita mahupun gadis, sudah tentu mahu kelihatan sentiasa comel agar dapat memikat hati orang atau memikat hati lelaki.Antara sebab-sebabnya juga termasuklah tidak mahu jadi 'janda-terlajak'  mahupun menjadi andartu. Tidak hairan juga ada yang mahu wajah babyface kerana mahu mendapat keyakinan diri.

Mari kita  terjah tips-tips dibawah:




Makan makanan bernutrisi
Apa makanan bernutrisi tu? contoh macam buahan.. sila makan buah buahan yang mencukupi untuk korang kelihatan awet muda.. buah buahan jugak mengandungi anti oksidan yang tinggi..


Minum air mencukupi 
Jangan biarkan diri anda tidak mendapat air yang mencukupi.. kalau boleh bawak air kemana sahaja korang pergi, ikat kat pinggang.. badan kita memerlukan air yang mencukupi untuk melakukan semua aktiviti dalaman.. pengambilan lapan gelas sehari adalah disarankan.. ingat 70% daripada komposisi badan kita adalah daripada air..


Elakkan sinaran matahari berlebihan 
Satu yang korang perlu ingat, elakkan diri korang daripada terkena sinaran matahari yang lama dan banyak.. jangan biarkan diri korang berjemur di bawah pancaran matahari yang terik.. sebab ia boleh merosakkan lapisan kulit korang.. tapi perlu korang tahu jugak, sinaran matahari diwaktu pagi adalah baik..



Lakukan perkara yang korang gemari 
Ikhlaskan diri anda untuk melakukan sesuatu perkara.. jangan memaksa diri korang untuk menerima segalanya di depan mata. kalau tak suka tinggalkan.. jika korang merasa terpaksa ia akan menyebabkan korang tertekan seterusnya korang akan mengalami stress.. stress mempengaruhi emosi korang dan ia boleh menyebabkan korang kelihatan tua daripada usia sebenar.. senyum, ikhlas ingat itu...


Berfikiran positif 
Korang perlu berfikiran positif dalam apa jua hal yang berlaku pada diri korang, selagi ia tidak mengancam diri korang.. korang jugak perlu tahu bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.. then barula diri korang menjadi lebih bersemangat dan ceria..


Menjaga Waktu Tidur
Waktu wajah untuk memperbaiki dan menggantikan sel lama dengan sel baru  adalah pada pukul 2-3 pagi.Itupun jika anda sudah betul-betul lena.Pastikan segala masalah yang dapat mengganggu tidur dihapuskan dan diselesaikan sebelum masuk tidur.