My Life, My Belog

Friday, 21 November 2014

'Susahnya nak kekalkan persahabatan...'

Saya dulu jenis orang yang tak suka bersosial.
Saya dulu duk sorang-sorang.
Setiap kali mesti jealous bila orang sentiasa bersama rakan2 atau sahabat2 mereka.

Sebab dulu saya minat Naruto masa sekolah rendah.(Shhhhussshhh,,rahsialah!)
Saya research dan cari gali maklumat, saya terserempak dengan Cosplay.
Bila saya dah ada ura2 nak cosplay, orang sekeliling asyik mengata saya 'fanatik'
Ulang semula,'FANATIK'.

Bila dah geram, mulalah saya nak jer cakap diorang tu bodoh belaka sebab nak mengata pun tak cari kepastian, tapi tak sampai nak cakap sebab diorang pun amsih kanak-kanak.
DAH NAMA PUN SEKOLAH RENDAH.

Itu keburukan saya minat bende-bende camtu.
Tetapi sekurang2nya saya tahu menilai persahabatan yang tak sekuat mana,sesiapa pun yang berkomunikasi dengan saya masatu.
Saya tahu nilai 'Believe'.
Nilai 'Never Give Up'.
Nilai jati diri yang ada pada sesiapa pada masa tu.

Bila dah masuk sekolah menengah, saya kurang dengan anime2 sebab tak silap saya dah mula gelombang K-Pop yang still baru.
Saya pun dapat 2 BFF.
Saya belajar dari kesilapan dan saya siap boleh lawan2 pasal markah exam (secara mesra)
Dan dapat naik kelas.
Tapi.................
terpisah dengan BFF tu, dan kembali menjadi seorang yang agak lifeless dan tiada kawan......

So tahun tu saya jadi orang yang lemah giler... sengaja nak dapat markah bawah2..(kalau cuba pun x boleh catch up sbb kelas first).

Kemudian bila turun balik kelas, saya ditemukan dengan rakan2 yang mmg nak excel exam PMR. Syukur..... ada org yg boleh ajar, doleh belajar sama2.....

Lepas exam tu, saya terpisah lagi dengan rakan2 tu sbb diorang bijak2 belaka...
Dan saya masuk kelas yang tengah2.. sbb elektif....
kalau x masuk kelas atas (poyo jeee)
Dan dalam kelas tu saya jumpalah rakan2 yang best2...
Dan bila dah akhir tahun baru perasan dan terfikir 'kenapa x rapat camni dari awal,sbb kita mmg sama kelas sampai tahun depan pun..'

Disebabkan kawan2 ini, saya yg dah patah semangat nak bersosial, saya jadi lebih byk bercakap, org yg memulakan bicara,.......
Dan sekarang ada bayak kawan2..., dari kelas F4 tu, dari Grup Silat, dan dlm tempat2 lain...
Tapi susah nak maintain apa yg kita ada sekarang sebab, tak selalu kita ada mood nak chat,nak bergaul dengan org....

Tapi saya nak cuba kekalkan apa yang saya ada hari ini sebagai tanda bersyukur saya...
Doakan saya,
Ganbatte ne!~