My Life, My Belog

Sunday, 13 April 2014

2 Hari Yang Terindah!~

Oke, pada hari Sabtu yang lepas, Hari Anugerah Cemerlang sekolah saya. Sebagai pengawas (yang sedikit bertanggungjawab, tak banyak sikit je), saya ditugaskan hadir dan tolong cikgu dibahagian agihan makanan.
makanan yang banyak

dalam plastik
Dalam gambar di atas, yang bawah bangunan itu berlangsungnya majlis anugerah cemerlang.
Dalam pukul 11 majlis itu dah habis dan semua orang  berpusu-pusu keluar dari dewan, dan saya dan beberapa orang pengawas dan guru cepat-cepat bagi pek makanan kepada mereka.
Dalam keriuhan itu, geng-geng aku yang gi duk asrama ajak outing pulak....
nasib baik kerja aku dah habis.(kejap saya, kejap aku, yang mana satu nak guna ni?)
Jadi kami keluar dan selfie beramai-ramai. Tak jauh pun, kat carrefour Aeon Big jer.


MY BFF
My 'other' BFF's


ni yang duk belakang
Kitorang semua tumpang kereta Aisyah, supaya senang nak pergi.(dan senang nak selfie)
Dan yang paling buruk mukanya sayalah, yang tudung biru....Smiley animated gif

Ada tiga lagi....


lepas makan di McD , kami teruskan berselfie sampai pukul 12.(waktu yang semua orang janji nak balik)
Tapi aku rasa cam tak cukup so aku tanya, siapa yang boleh stay lepak lama-lama sikit. Lepas sorang-sorang pergi (lepas dipeluk erat oleh aku , tiada siapa yang boleh terlepas hukuman akuSmiley animated gif )
tinggalah aku, dan dua orang lagi yang tumpang kereta Aisyah tadi. Dan tinggallah Aisyah sahaja budak asrama.

Tepas tu, sorang pakat nak swiming kat rumah aku, yang lain taknak, nak balik terus...
Lepas swimming, mula-mula janji nak balik, tapi mak dia buat lawak(kat fon,masa kawan aku call)'tidur je terus kat rumah dia' Then kitorang punya mata berkilauan semacam, aku terus tanya mak aku boleh ke tak...'boleh!' Yeayeah!! BFF aku tidur semalaman kat rumah aku , rindunya!!!
Keesokan harinya, dia balik.

sedihnya....
Tapi boleh jumpa kat sekolah....Malangnya aku demam masa dia datang tu, so harini aku tak pergi sekolah...Smiley animated gif

So apa kisah best anda dan BFF anda?