My Life, My Belog

Thursday, 27 November 2014

'Cerita Naruto dah habis.....*sobsob* '

Dari entry yang lepas-lepas, anda mesti dah tahu yang saya ini pernah meminati Naruto.
Bukan diri Naruto itu sendiri tapi cerita secara keseluruhannya sebenarnya.
Saya kesal sebab bila dah selalu kene bahan, saya dah jadi jauhkan diri daripada apa-apa berkaitan Naruto dan mencari inspirasi lain.

Sepatutnya saya kekal dengan apa yang saya percaya.

Kemudian 2-3 tahun berlalu dan saya terdengar khabar angin yang cerita ini akan berakhir.
Mula-mula terkejut, kemudian bila dah siasat, rasa cam , 'okaylah, nanti bila ada masa, recap'.
Lepastu fikir pula, nak animated atau manga??
Animated lama, kalau baca manga je, mesti sekejap je...
Lagipun saya lebih feel kalau baca manga.

Akhirnya dalam masa beberapa hari, dengan melalui saat sedih,duka dan lara, akhirnya sampailah ke episode 700.

Tak kisahlah kalau ep. 700 tu sebenarnya filler atau apa.

Yang penting, sekarang saya tgh tunggu The Last Movie Naruto.

Saya tak kisah kalau lepas ini akan ada next season, sambungan ke, apa ke, ataupun tiada.

Yang penting yang saya dapat rasakan sebagai peminat cerita ini,

Ada yang merasakan cerita ini hanya untuk kanak-kanak.
Ada yang merasakan' tak cool' bila minat bende2 cenggini.
Namun, hanya peminatnya yang akan tahu,
mahupun orang yang sudi memahami,
bahawa cerita ini ada maksud tersendiri,
cerita ini membuka mata, bahawa ada harapan,
kalau kita kuat,
kalau kita sabar, (A ninja/manusia cam kita jugalah/ is who endures)
kalau kita berani, (Naruto dapat kalahkan hantu/bende yang hadir sbb kotak pemberi segala permintaan sbb dia x takut)
kita akan dapat mempertahankan apa yang penting,
kita akan dapat menjadi lebih dari kita yang sekarang,
kita akan dapat pilih jalan yang benar.

Sebagai umat Islam, saya takkan percaya bulat-bulat apa yang ada dalam kisah ini.
Sebab ilmu pasal chakra/aura dan kuasa dalaman ini, berkait rapat dengan agama buddha.(carilah fakta online,research sendiri)
Saya dulu pernah belajar Reiki, dan sebab saya motivated gara-gara Naruto ni, saya interested giler la.
Secara konklusinya, Reiki di Malaysia atau apa-apa yang lain, ada yang digubah menjadi sesuai dengan kehendak Islam.
Ia telah digubah.
Tetapi, para ulama' tak terima.

Itu yang saya faham setakat ini.

So, pasal jutsu-jutsu semua itu, setakat ini saya akan tolak mentah2.

Now, pasal persahabatan.
Bila tang Naruto tengah berfikir mencari alternatf atau, membuat pilihan, saya rasa setakat ini, semua pilihannya tepat.

Bila tang Naruto nakberusaha menyelamatkan nyawa semua orang, itu betul.
Cuma, kadang-kadang manusia tak boleh lawan kehendak Allah.
Dalam cerita ini, mungkin jalan cerita semata-mata nak tunjuk betapa pentingnya tidak berputus asa.

Even bila Naruto nak selamatkan Kakashi dalam movie yang ke-7, Shippuden movie yang ke-3*kott?*
Will power Naruto yang kuat membuatkan Naruto dapat lakukan segalanya.
*Tapi Naruto ada nine-tails*
Pada pendapat saya, it doesn't matter.
Jalan cerita merepek tak kisah asalkan kita faham apa yang cuba disampaikan, dapat rasa apa yang pembuat manga ini cuba buat kita faham.

.....Is to never give up. That is my ninja way.

Itu ninja way, way of life Naruto.
Kita sebagai umat Islam, Al-Quran tak pernah sebut, giveup jelah.
Cuba bezanya, Al-Quran dan Sunnah is our way of life.
And in this way of life, similarly, Al-Quran and Naruto tells us to never give up.

So jangan giveup.
Tengah doakan sesuatu?
Jangan give up.
Tengah menghadapi ujian?
Jangan give up.
Rasa cam nak mati je terus?
Jangan give up.

Ingat naruto cakap' A ninja is he who endures'?

endures disini bermaksud sabar.
naruto dapat hidup dalam parallel universe dimana Kushina dan Minato masih hidup.
kalau kita pun, kita mesti gembira gile, terharu giler.
Tapi, Naruto tahu, ini semua salah.(Kalau dalam Islam, hasutan syaitanlah katakan)
So, Naruto berusaha pergi balik ke dunia sebenar, walaupun dlm dunia yg sebenar, diorang dah mati.
Even nak ke dunia sebenar pun, Naruto kene berusaha.

Tapi, apa gunanya Naruto kembali ke dunia asal?
(kalau nak difikirkanlah)

Kita hidup dalam dunia ini pun camtu jugak.

Bila kita dah overcome satu ujian/masalah ini, akan ada lagi yang menanti.
Sebagai manusia kita takkan give up, dan kita akan bersedia menghadapi ujian tu, walau berkali-kali pun.
Disini kita jangan give up.
Walaupun lepas ujian tu habis, syurga belum menanti.
Masih kene hadapi duniawi ini.
Disini kita endure/bersabar.

Kita sama-sama hadapi dunia ini bersama, ok?

P.S. Jangan lupa 5 perkara sebelum 5 perkara.
P.S.S Cuba check remake character naruto cam gambar kat atas,hot dohhhhh,cair.hahaa cantik diorang                  buat.

Friday, 21 November 2014

'Lihatlah jiwa dalam diri seseorang sebelum memandang rupa...'

Saya tak cantik.
Saya tak molek.
Dan saya sedar rupa x berapa nak menarik.

Tapi bila dah masuk sekolah menengah, dah involved dengan ig , saya nampak yang walaupun org itu tak cantik, tapi dari wajah dah tahu personaliti dia kuat, jiwa besar dan konfident.
Nampak dari muka yang dia jenis x ambil pusing apa yang orang lain kata, apa yang dia buat, asalkan apa yang dia buat tu dia tahu betul.

Teringin nak jadi orang camtu....

Berkarisma

*Huff* Tapi bila bercakap kat depan masih gentar....
Tak kisahlah...nanti bulan 12 saya nak kene gi seminar punn...
Itu boleh adjust..

Saya sebenarnya kulit bersih walaupun gelap.
Bila ada je jerawat yang datang, start lah rasa tak konfiden datang
'Orang perasan ke?, Orang nak ke bercakap dengan aku?' dan sebagainya..
Tapi bila fikir balik, kalau orang tu ikhlas berkawan, jerawat ke, tak sempurna anggota badan ke, orang tu akan terima, whoever that 'orang tu' is.

Muka saya sensitif bila main dengan kucing, so tumbuh jerawat...
Tapi hari Isnin lepas baik punya, besar, kat hidung.
Aku mula2 x konfiden, tapi seperti diatas, kalau ikhlas, okaylah, kalau x ikhlas, lantak piii lah kawan tu.
Tak perlu pun panggil kawan, panggil stranger je.
Bila org tanya kenal dia, 'entah , wujud ke org nama tu kat sini?' (Kejam sgt tu ||||||)

Bila dah naik upper form ni jadi malas pulak nak jaga muka.....|||||

Pesanan kepada pembaca: Sila ikhlas berkawan, lihat beyond muka atau fizikal dia.
                                          Lihat niat dia, baik ke idok. Cari Sahabat Dunia wal Akhirah.

'Susahnya nak kekalkan persahabatan...'

Saya dulu jenis orang yang tak suka bersosial.
Saya dulu duk sorang-sorang.
Setiap kali mesti jealous bila orang sentiasa bersama rakan2 atau sahabat2 mereka.

Sebab dulu saya minat Naruto masa sekolah rendah.(Shhhhussshhh,,rahsialah!)
Saya research dan cari gali maklumat, saya terserempak dengan Cosplay.
Bila saya dah ada ura2 nak cosplay, orang sekeliling asyik mengata saya 'fanatik'
Ulang semula,'FANATIK'.

Bila dah geram, mulalah saya nak jer cakap diorang tu bodoh belaka sebab nak mengata pun tak cari kepastian, tapi tak sampai nak cakap sebab diorang pun amsih kanak-kanak.
DAH NAMA PUN SEKOLAH RENDAH.

Itu keburukan saya minat bende-bende camtu.
Tetapi sekurang2nya saya tahu menilai persahabatan yang tak sekuat mana,sesiapa pun yang berkomunikasi dengan saya masatu.
Saya tahu nilai 'Believe'.
Nilai 'Never Give Up'.
Nilai jati diri yang ada pada sesiapa pada masa tu.

Bila dah masuk sekolah menengah, saya kurang dengan anime2 sebab tak silap saya dah mula gelombang K-Pop yang still baru.
Saya pun dapat 2 BFF.
Saya belajar dari kesilapan dan saya siap boleh lawan2 pasal markah exam (secara mesra)
Dan dapat naik kelas.
Tapi.................
terpisah dengan BFF tu, dan kembali menjadi seorang yang agak lifeless dan tiada kawan......

So tahun tu saya jadi orang yang lemah giler... sengaja nak dapat markah bawah2..(kalau cuba pun x boleh catch up sbb kelas first).

Kemudian bila turun balik kelas, saya ditemukan dengan rakan2 yang mmg nak excel exam PMR. Syukur..... ada org yg boleh ajar, doleh belajar sama2.....

Lepas exam tu, saya terpisah lagi dengan rakan2 tu sbb diorang bijak2 belaka...
Dan saya masuk kelas yang tengah2.. sbb elektif....
kalau x masuk kelas atas (poyo jeee)
Dan dalam kelas tu saya jumpalah rakan2 yang best2...
Dan bila dah akhir tahun baru perasan dan terfikir 'kenapa x rapat camni dari awal,sbb kita mmg sama kelas sampai tahun depan pun..'

Disebabkan kawan2 ini, saya yg dah patah semangat nak bersosial, saya jadi lebih byk bercakap, org yg memulakan bicara,.......
Dan sekarang ada bayak kawan2..., dari kelas F4 tu, dari Grup Silat, dan dlm tempat2 lain...
Tapi susah nak maintain apa yg kita ada sekarang sebab, tak selalu kita ada mood nak chat,nak bergaul dengan org....

Tapi saya nak cuba kekalkan apa yang saya ada hari ini sebagai tanda bersyukur saya...
Doakan saya,
Ganbatte ne!~