My Life, My Belog

Friday, 25 July 2014

Doa Jumaat -Edisi Ramadhan-


Friday, 18 July 2014

Doa Jumaat -Edisi Ramadhan-


Wednesday, 16 July 2014

Wordless Wednesday -Edisi Ramadhan-#8


Sunday, 13 July 2014

Petua Hilangkan EyeBag | Petua Pulihkan Sembab Di Mata


DEMAM Piala Dunia sudah hampir tiba ke penghujung, manakala Ramadan pula sudah memasuki fasa pertengahan. Rutin harian anda yang sedikit berubah akibat kegamatan Piala Dunia dan kesyahduan Ramadan pasti menjejaskan waktu tidur anda.

Rutin yang menyebabkan kekurangan waktu tidur ini akan membuatkan mata kelihatan bengkak, tidak bermaya dan menyebabkan kemunculan lingkaran gelap di bawah mata.

Selain daripada tidak mendapat tidur yang cukup, masalah ini juga timbul kerana mata mengalami keletihan akibat terlalu lama menghadap skrin komputer atau membaca buku.

Mata bengkak atau sembab akan mencacatkan penampilan anda sehingga boleh membuatkan seseorang itu hilang keyakinan diri sama ada di tempat kerja, sekolah ataupun ketika menghadiri urusan rasmi.

Walau bagaimanapun, anda tidak perlu risau kerana terdapat beberapa petua semula jadi yang boleh diamalkan bagi mengurangkan masalah mata bengkak dan lingkaran hitam di bawah mata.

Ais

Menggunakan ais adalah cara yang paling mudah bagi mengurangkan masalah ini. Anda hanya perlu sejukkan bahagian sembab dengan ais batu. Jika tidak ada ais batu, anda boleh menggunakan sudu. Masukkan sahaja sudu ke dalam peti ais, setelah sudu tersebut sejuk, lekatkan ia ke bahagian mata yang bengkak.

Teh uncang

Ambil satu teh uncang dan rendam di dalam air panas. Angkat uncang tersebut dan lekapkan di bahagian mata sehingga uncang tersebut sejuk. Kemudian ulang lagi dengan merendam semula uncang teh tersebut ke dalam air panas dan kemudian letakkan di bahagian mata yang terpejam sehingga sejuk. Ulang proses ini dua hingga tiga kali.

Timun

Timun merupakan sejenis sayuran yang bukan sahaja baik untuk kesihatan, tetapi juga baik untuk mata. Kandungan astringent yang terdapat pada timun membantu menyegarkan mata bengkak atau sembab. Sejukkan hirisan timun di dalam peti ais, kemudian letakkan pada kelopak mata selama 10 minit dan rasai perbezaannya.



- Utusan Melayu

Bersauna Pada Usia Muda | Pengalaman Bersauna

Bersauna Pada Usia Muda | Pengalaman Bersauna 

Yang ini old post dari bulan Disember tahun lepas. Tapi bahasa dia macam tak faham kan? Entah, macam baru belajar membaca pula...

Assalamualaikum semua. Hari ini saya nak kongsi satu cerita. Sabtu lepas saya ke spa. Kirana Spa.
Saya ikut mak saya yang nak urut tangan yang terasa lenguh.Dan-dan tu pulak ada promosi.Sauna seorang RM10. Apalagi saya ragut peluang itu.Merayu dengan mama bagai nak rak baru dapat bersauna.

Saya memang kenal pemilik spa tersebut. Sekarang dia hanya ada seorang pekerja wanita. Dalam keadaan teruja, saya pun beramah mesra dengan pekerja dia.Tokey kedai (wanita) berurusan dengan mak saya, pekerja dia pula dengan saya.dah la bilik asing-asing. Gelap pula.Ye,saya tahu, mesti mau gelap, mesti mau asing-asing, tapi saya dah la takut gelap, dah la anak mak.Sebab gelap gelita lah, nanti bukannya pengsan sebab sauna, sebab 'nampak' bende lain pula.

 Saya dah masuk kotak sauna yang keluar kepala saja, saya berbual dengan pekerja spa itu. Cerita pasal sekolah ,dan macam-macam lagi.Dia ceritalah pasal dia masuk bidang engineer tapi tak minat, masuk bidang nurse ikut sepupu diatapi tak minat jugak.Last-last dia minat jadi tukang spa-menyepa(apa nama pekerjaan ini ye?).Tapi, dia ceritalah pengalaman dia jadi nurse.Dasyat Aiseyh! Tapi takmo cerita kat sini. Lain jadi pulak.

Tugasnya di situ(katanya) adalah untuk lap muka saya sekiranya perlu.Saya rasa lebih baik tak payah lap.Sebab alang-alang nak berpeluh,biar seluruh kepala berpeluh sekali.Itu saya. Kalau tak larat lap ler.Tapi masa tu saya tak okey,kurang sihat.jadi keluar tu perghh..takdelah sampai jalan terhuyung hayang, cuma eye vision jadi elok sikit.Kesan bersauna intu tak nampak dalam diri saya kecuali dah sampai rumah.Saya rasa lega giler.Nasib badan dapat merasa bersauna.^-^

Akhir Kalam saya dengan kata 'Bersauna itu Best!'
#Jangan lupa tinggalkan komen/pengalaman anda bersauna.                                                                  ~Sekian~

Saturday, 12 July 2014

Review | Beza Rasa Antara Jenama Susu Coklat

Sebelum puasa lagi saya teringin nak minum susu.Jadi sewaktu membeli belah barangan dapur, saya terus grab kotak susu Dutch lady, yang kat bawah ni. Coklat pula tu. Mungkin sebab tak suka sangat yang berperisa original.
Lepas seminggu, sudah konfirm habis. My dad pergi beli lagi, jenama yang lain,Good Day pula.Tapi coklat juga.





Antara beza dua jenama ini,

Texture: Dutch Lady lebih pekat manakala Good Day lebih soft gitu.

Rasa: Dutch Lady lebih terasa coklatnya dan tak rasa manis sangat, tapi Good Day lebih rasa manis, rasa coklat pula kurang, sesuai 
untuk budak kecil yang suka minum susu.

Harga: saya tak ingat pula ....


Setakat ini, itu sahaja....
Dalam Peti Ais ada lagi, jenama Marigold HL pula... Nantikan update seterusnya...=)

Friday, 11 July 2014

Doa Jumaat -Edisi Ramadhan-


Wednesday, 9 July 2014

Wordless Wednesday -Edisi Ramadhan-#7


Wordless Wednesday -Edisi Ramadhan-#6




Wordless Wednesday -Edisi Ramadhan-#5


Friday, 4 July 2014

Doa Jumaat -Edisi Ramadhan-




Wednesday, 2 July 2014

Wordless Wednesday -Edisi Ramadhan- #4



Wordless Wednesday -Edisi Ramadhan- #3






Wordless Wednesday -Edisi Ramadhan-#1


Wordless Wednesday -Edisi Ramadhan-#2